Mangsa, Nurul Aini Norman, 27, yang bekerja di sebuah kedai bunga dan cenderahati dalam perjalanan pulang ke rumahnya di taman itu selepas selesai mengajar silat.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang datang dari Flat Paya Nahu ingin membelok ke kanan apabila sampai di simpang berkenaan, bagaimanapun motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah depan.
“Akibatnya, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Ibunya, Sariah Sakat, berkata, segala persiapan perkahwinan termasuk hantaran hampir siap disediakan Nurul Aini sendiri.
“Dia buat sikit-sikit setiap hari selepas pulang dari kerja dan ada juga tempahan daripada kawan-kawan yang minta dia siapkan barang hantaran mereka tetapi tak sangka berlaku kejadian yang menimpa dirinya” katanya.
Menurutnya, Nurul Aini adalah anak sulung dari lima beradik dan dia merupakan anak tunggal perempuan.
Katanya, anaknya sangat aktif dalam pertubuhan silat dan kerap keluar untuk melatih ahli kerana minat dalam aktiviti itu.
“Arwah tidak pernah bawa motosikal laju-laju dan cukup berhemah ketika di jalan raya,” katanya.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Syafiq, 25, berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus ke lokasi kejadian tetapi pasukan perubatan sahkan kakaknya sudah pun meninggal dunia.
Selain aktif mengajar silat, mangsa juga pernah melatih kanak-kanak mengaji al-Quran dan persembahan kompang terutama untuk menyambut pengantin.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani di Amanjaya. - SH
..............................................................................................................................................................
Penunggang motosikal maut terhumban 20 meter
KUALA LUMPUR 26 Mei - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh sebuah kereta sebelum dia terhumban dari jejambat setinggi kira-kira 20 meter di Kilometer 8.4 Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) di sini pagi ini.Menurut jurucakap polis, dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Hassan Mohd. Jani, 66, yang menunggang motosikal menuju ke arah Sunway tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta Nissan Sentra dari arah sama.
"Mangsa yang berasal dari Kampung Medan, Petaling Jaya dekat sini mati ditempat kejadian setelah dia terhumban ke Jalan Klang Lama yang terletak di bawah jejambat itu," katanya di sini.
Jurucakap itu berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - UTUSAN
Tinggikan kuasa beli rakyat supaya mampu membeli kenderaan beroda empat. Itu pun jika kasih kepada rakyat.