Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan
keyakinan, keberanian dan bervisi.
Katanya, keputusan yang dibuat
akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan
dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.
Bercakap
dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan
terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan
membantu melancarkan perjalanan kerajaan.
Beliau juga menggesa
mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika
Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari
pengundian esok.
"Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak
untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan
dengan undang-undang," kata Anwar. - Malaysiakini
Hari paling ditakuti oleh pemimpin sombong dan angkuh sebelum ini.