PENDANG: PAS tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan
siasatan dalaman berhubung penyebaran klip video seks terbaru mirip
seorang pemimpin kanan parti itu.
Malah siasatan itu juga tidak mustahil bakal meneliti sama ada wujud
unsur sabotaj dalaman terhadap pemimpin berkenaan dengan matlamat
tertentu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, isu
berkenaan tidak menjadi keutamaan parti itu buat masa ini berikutan
semua pihak sedang memberi tumpuan kepada kempen Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) pada 5 Mei depan.
"Nanti kita bincang video jenis apakah itu. Sabotaj atau tidak, nanti (dalam) mesyuarat kita bincang.
"Kita tak tahu sekarang ini...semua tumpu pada pilihan raya," katanya
ketika ditemui selepas berceramah di Jenun di sini, Jumaat malam.
Beliau mengulas mengenai video skandal seks yang didakwa mirip
pemimpin kanan PAS yang memaparkan aksi hubungan seks dengan seorang
wanita dipercayai di dalam sebuah bilik hotel.
Video berkenaan mula diedarkan sejak Khamis malam.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil
mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang
pertanyaan mengenainya malah menyerahkan tindakan lanjut kepada
peguamnya.
Bagaimanapun tiada kenyataan penafian daripada Mustafa.
Mengulas lanjut Mohamad yang lebih dikenali dengan 'Mat Sabu'
mengakui masih belum menonton video tersebut kerana memberi tumpuan
kepada kempen PRU.
"Saya hanya tahu petang tadi, tak tengok apa-apa lagi. Saya tak mau komen benda yang saya tak tengok," katanya. - Mstar
Kalau tunggu siasatan lepas pilihanraya, terlambatlah...