Fathul Bari mahu tindakan pada Nik Aziz
Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang
dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa
beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Pengerusi Jawatankuasa
Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata isu
melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian,
tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.
"Sikap
seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat
dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan
kita.
"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang Umno
kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di
Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis
Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am PAS itu.
Muhyiddin
berkata kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz seperti kononnya
sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan kerajaan BN hanya
memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.
Menyifatkan
tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai "sindrom hukum secara umum", Fathul
Bari berkata Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan
agama untuk tujuan politik.
Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia
Dr Fadlan Mohd Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin
berkata Majlis Syura PAS juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi
memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.
"Majlis
Syura PAS perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang
dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi
bahasa Melayu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur
Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali berkata imej Nik Abdul Aziz sebagai
pemimpin Islam berpengaruh sudah tercemar apabila beliau mengeluarkan
kenyataan yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.
"PAS
sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam, Nik Abdul Aziz pula buat
kenyataan hampir nyanyuk dan hampir 'gila talak agama'. Majlis Fatwa
perlu buat sesuatu tak kiralah siapa orang itu kerana (kenyataan) bukan
dibuat sekali dua, dah banyak kali," katanya - Bernama
Ada budak ini komen kenyataan Muhyidin, PAS adalah parti ajaran sesat?