BALIK PULAU, 12 April — Ummi Hafilda Ali yakin akan menang besar jika
diletakkan melawan abangnya Mohamed Azmin Ali di kerusi parlimen Gombak
dalam pilihan raya 5 Mei akan datang.
“Tiada siapa yang mengenalinya lebih dari adik beradik dan keluarga
jadi dengan pengetahuan kami tentang beliau, saya yakin mampu
mengalahkannya jika Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk
meletakkan saya sebagai calon untuk melawan Azmin,” katanya.
Ummi Hafilda yang terkenal kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan
dalam perbicaraan liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998
telah berkempen secara aktif melawan Anwar, Azmin dan PKR.
Azmin adalah abang beliau yang merupakan Timbalan Presiden PKR,
penyandang ahli parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Bukit Antarabangsa.
“Walaupun Najib tidak memilih saya sebagai calon melawan Azmin, saya
akan terus dengan misi untuk mendedahkan kebenaran tentang Anwar, Azmin
dan PKR,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberikan dua ceramah di
Kuala Sungai Pinang di sini. - TMI
Rupanya ada hati jadi calon.