MERSING - Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas
kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan
sebuah lori tunda dalam kemalangan ngeri di Kilometer 33 Jalan
Mersing-Kota Tinggi dekat sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan seorang guru, Abd. Razak
Pid, 43, dan dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14; dan A'fiqah Ihsanniah, 11,
maut di tempat kejadian. Seorang lagi anak Abd. Razak, Alimulhilmi, 9,
cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Mersing.
Difahamkan, sebelum kejadian empat beranak tersebut dalam perjalanan
pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pantai di sini dari Johor Bahru
selepas selesai berkursus. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 125
kilometer.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkiple Hashim
berkata, sebelum kejadian, dia sedang mengawal lalu lintas tidak jauh
dari tempat kejadian bagi menyambut kedatangan Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Ismail Sultan Iskandar ke sini.
Katanya, ketika bertugas dalam keadaan hujan lebat, dia terdengar
bunyi dentuman kuat tidak jauh dari tempat dia berkawal sebelum bergegas
ke situ. - Kosmo
Harapan rakyat adalah kerajaan PR nanti mengambil berat soal keselamatan rakyat di jalan raya. Isu ini gagal di zaman Umno-BN. Wujudkan jawatan menteri jalan raya yang akan dipecat jika gagal tangani masalah.