KUALA LUMPUR, 5 April — Tan Sri Taib Mahmud telah mencabar Global
Witness untuk berdebat dengannya dalam isu rundingan tanah haram di
Sarawak, dan menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu
mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu
menggunakan “cara licik”.
Beliau juga mencadangkan terdapat kaitan diantara Global Witness dan parti pembangkang.
“Jangkamasanya keterlaluan untuk diabaikan ... saya fikir ada kaitan
antara mereka dan pembangkang,” kata ketua menteri Sarawak paling lama
berkhidmat yang berkata pengeluaran video menunjukkan bagaimana
rundingan tanah haram didakwa berlaku di negeri itu tidak lama sebelum
Pilihan Raya 2013.
Dalam video yang dimuatnaik semalam, ketua menteri Sarawak itu juga
mengatakan tuduhan Global Witness terhadapnya juga disebabkan oleh
maklumat terpakai diperolehi dari Bruno Manser Fund (BMF).
Beliau menjemput aktivis antarabangsa itu untuk melihat sendiri
Sarawak, yang beliau dakwa mempunyai banyak pencapaian dalam memelihara
hutannya.
“Global Witness sepatutnya… tidak menyorok di belakang maklumat terpakai dari NGO,” kata Taib (gambar) kepada saluran The Malaysian Observer (MobTV), merujuk kepada kumpulan aktivis alam sekitar dan hak asasi manusia BMF.
Ketua menteri menjadi perhatian antarabangsa minggu lepas selepas
Global Witness mengeluarkan video dokumentari menuduh ketua Barisan
Nasional (BN) negeri telah menerima berjuta ringgit sebagai balasan dari
rundingan tanah di negeri Borneo itu.
Beliau menafikan tuduhan hanya lima peratus hutan tinggal di negeri
tersebut, mengatakan gambaran sebenar boleh dilihat di negeri tersebut
menggunakan statelit imej Google.
Google memetakan Dunia menggunakan gambar imej statelit dan gambar aerial dalam aplikasi Google Earth dan Google Maps.
Taib semalam mendakwa dirinya menjadi mangsa permainan nakal oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyatakan pendirian
tidak akan bekerjasama dengan agensi tersebut dalam siasatan rasuah yang
dipalitkan ke atasnya.
“Mereka tidak layak mendapat kerjasama saya kerana agak nakal….mereka
tidak jujur,” kata Taib kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat
BN di sini.Taib juga menegaskan dirinya tidak bersalah, mendakwa
sepupunya dan pihak tertentu cuba menyabitkan dirinya dalam pendedahan
video tersebut dengan menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk
mendapatkan ganjaran.
Dalam video berjudul “Inside Malaysia’s Shadow State”, penyiasat
Global Witness itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa
keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri
Sarawak itu, untuk membeli tanah dengan keuntungan besar namun akan
menyebabkan orang asal di kawasan tersebut kehilangan tanah. - TMI
Bagus Taib. BN tumbang nanti adalah kerana anda.