JELI: Barisan Nasional Kelantan akan melancarkan siasatan
berhubung kegagalan calon Parlimen Pasir Mas, menyerahkan borang
pencalonannya pada Sabtu.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed melahirkan rasa
terkejut beliau dan mendakwa parti akan menjalankan penyiasatan khas
berhubung isu berkenaan.
"Kita akan mengadakan mesyuarat khas dengan semua biro politik untuk
membincangkan mengapa calon tidak menyerahkan borang pencalonan dan
strategi kita yang seterusnya bagi kerusi berkenaan," katanya kepada
pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan calon BN di Pejabat
Tanah dan Daerah Jeli pada Sabtu.
Dilaporkan calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa
yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Pasir Mas tidak menyerahkan
borang pencalonan bagi memberi ruang kepada saingan dua penjuru antara
Presiden Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali dengan anak Nik Aziz, Nik
Abduh Nik Abdul Aziz.
Mustapa yang lebih mesra dengan panggilan Tok Pa, juga akan
menyaksikan saingan satu lawan satu dengan calon PAS, bagi kedua-dua
kerusi Parlimen Jeli dan DUN Ayer Lanas.
Beliau akan berdepan dengan calon PAS, Mohd Apendi Mohamed di Jeli dan Abdullah Ya'kub di Ayer Lanas.
Mustapa, yang dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan
sekiranya BN berjaya merampas Kelantan, menegaskan BN mensasarkan untuk
memenangi 23 kerusi.
"Saya yakin kita ada peluang yang lebih baik dengan barisan calon
kali ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk orang
muda, ulama, teknokrat, pesara kerajaan dan aktivitis," katanya.
Ditanya adakah beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan
seterusnya, beliau berkata "Semua 45 orang yang dicalonkan bagi kerusi
DUN mempunyai peluang untuk menjadi Menteri Besar", katanya.
When asked if he would likely become the next Mentri Besar, he said,
"all 45 candidates who are fielded to contest in state seats have a
chance to become the next MB," he said. - Mstar
Buatlah terkejut tu lebih sikit. Biar tak nampak macam sandiwara.