"Alhamdulillah, selesai hadiri doa selamat di Masjid Sultan Abu Bakar,
Pekan. Saya mendoakan agar PRU13 berjalan dalam suasana penuh harmoni,"
kata Najib menerusi Twitternya.
Sementara itu, Perdana Menteri dalam satu lagi Twitter berkata kerajaan
Barisan Nasional (BN) Selangor menerusi manifestonya menjanjikan rakyat
negeri itu sebuah negeri yang aman, stabil dan makmur.
"Manifesto @Sayangi Selangor telah dilancarkan. Kami menjanjikan sebuah negeri yang aman, stabil dan makmur," katanya.
Manifesto BN Selangor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Rabu lepas.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam
melahirkan harapan agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berjalan dalam
suasana harmoni.
Ia mengandungi tujuh teras dan 56 aku janji yang menumpukan kepada
langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil
meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
Antara lainnya BN berjanji mewujudkan koridor baru 'Selangor Global
Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Lapangan
Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, bagi menarik pelaburan asing
dengan penjanaan 560,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor. -
Bernama
Doakan juga Umno-BN dapat menerima kekalahan dan tidak buat huru hara jika kalah nanti.