Pakatan sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka,
kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua
dokumen itu.
Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan
pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin
daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol
dan harga kereta.
Muhyiddin
berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah
Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa
cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.
Bercakap
dalam sidang media di Gombak hari ini, Muhyiddin berkata, sebahagian
besar daripada manifesto Pakatan sudah dilaksanakan oleh BN.
Walaupun
BN dikritik sebagai "populis"kerana mengedarkan 'gula-gula' menjelang
pilihan raya, Munyiddin mempertahankan perkara itu dengan berkata aspek
kewangan dipertimbangkan secara sepatutnya. - Malaysiakini
Ingat Umno-BN berjaya memperbodohkan penyokong dia. Rupanya pemimpin dia sekali.
Video menunjukkan seorang penceramah Umno-BN yang disyaki sedang dalam keadaan 'mabuk' berceramah di Melaka.