JOHOR Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak
memberi amaran bahawa "rancangan besar" yang diatur kerajaan BN mungkin
akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri
itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pagi ini apabila
ditanya mengenai 'cara Johor' yang sering disebut oleh pemimpin BN
negeri itu untuk meraih undi.
Najib berkata ia merujuk kepada
dasar inklusif yang digunakan semasa pentadbiran Datuk Abdul Ghani
Othman selama 18 tahun sebagai menteri besar.
Beliau menjelaskan, cara pentadbiran di negeri kelahiran Umno itu adalah sederhana dan bertolak ansur.
Katanya, Umno menjaga kesemua kelompok masyarakat dan memberi contoh kerajaan memberi bantuan kepada sekolah Cina.
“Dengan
cara kepemimpinan dan dasar yang digunakan BN di Johor, ia membawa
kepada keamanan dan kestabilan politik yang lama,” katanya.
Najib juga meminta rakyat negeri itu mengambil kita faktor berkenaan apabila membuang undi kelak.
Dalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 orang penyokong dalam satu perhimpunan sebelum itu, Najib turut menyatakan perkara sama.
Soal
yang pokok ialah, kita mesti tubuh kerajaan yang kuat. Bila kita tubuh
kerajaan yang kuat, insya-Allah, ini Datuk Ghani Othman minta ini,
boleh?
“Tubuh kerajaan kuat dulu, baru kita boleh bercakap. Kalau
tiada kerajaan yang kuat kita tidak boleh bercakap, betul?,” katanya
yang disambut dengan laungan “Betul” oleh para hadirin. - Malaysiakini
Rakyat biasa dapatkah untung dari rancangan besar itu atau kehidupan akan terus tersepit dengan kenaikan harga barang.
