Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja.

NONE"Kita akan cuba kurangkan masalah (merajuk) tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas memberikan taklimat tertutup kepada pemimpin parti komponen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dalam sidang media sama, perdana menteri juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini tiada penambahan kerusi akan berlaku memandangkan telah ramai calon yang menunggu bagi setiap kerusi.

"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, dan mereka boleh bertanding, (maka) mereka boleh bertanding atas tiket BN.

"Kita kena buat ikut penyesuaian. Mungkin ada satu dua kerusi berlaku pertukaran.

NONE"Kita ambil kira mana yang boleh. Tak semua (calon Bebas) boleh ambil, sebab kita tak ada penambahan kerusi. Kerusi yang sedia ada pun calon menunggu dah ramai," katanya lagi.


Antara bekas wakil rakyat pembangkang yang menjadi wakil bebas dan dilihat cenderung menyokong BN ialah Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru).
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata, calon yang merajuk merupakan situasi yang dijangka berlaku memandangkan kerusi yang ada sangat terhad.

Bagaimanapun, Najib yang juga presiden Umno perlu membuat keputusan yang bijak demi kebaikan BN, tambahnya.

Ditanya kerusi yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Chua berkata:

"Jangan cakap mengenai saya. Cakap mengenai BN.

"Tidak ada keputusan akhir lagi. Najib tak ada keputusan muktamad. Jangan nak sibuk suruh saya cakap perkara yang berlainan apa yang dicakap oleh Najib dan kami semua boleh cetuskan krisis lain. Apa sebab?" katanya.- Mkini

Selepas Umno-BN kalah, mereka akan kata kekalahan Umno-BN bukan disebabkan kekuatan PR tetapi perebutan kuasa dalam Umno-BN.