Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi
Parlimen itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12).
"Atas
tiket apa saya akan bertanding itu tunggulah hari penamaan calon atau
sebelum hari itu. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi, tunggulah
saya akan umumkan," katanya ketika membuat pengumuman itu pada sidang
akhbar di Kota Bharu.
Katanya,
sekiranya beliau dipilih bertanding atas tiket BN, sudah tentu ia
merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang mahu terus berbakti
kepada pengundi Pasir Mas.
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini
mengumumkan di Putrajaya bahawa hari pengundian bagi pilihan raya umum
ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon
ialah 20 April. Ia susulan pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.
Ibrahim
berkata beliau telah membuat persiapan untuk terus menabur bakti kepada
warga Pasir Mas yang menurutnya mahu beliau terus mewakili mereka.
Sehubungan
itu, beliau akan 'bercuti' daripada menjalankan tanggungjawab sebagai
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mulai hari ini hingga tamat
PRU-13, dan tugas itu akan dipangku timbalannya, Datuk Abdul Rahman
Bakar.
Sebagai rekod, pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim
yang bertanding atas tiket PAS menang kerusi Parlimen Pasir Mas
mengalahkan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991 undi. - Bernama
Pengundi Pasir Mas sudah tidak sabar 'ajar' katak ini.