Bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata beliau
percaya PAS merupakan satu-satunya parti yang boleh membimbing Malaysia
ke arah Islam.
"Hanya PAS boleh bawa kesedaran," katanya dalam
satu sidang media selepas menyerahkan borang keahliannya kepada presiden
parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur
hari ini.
"Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam)," tambahnya.
Bekas
menteri besar Selangor itu mengakui bahawa BN telah membawa pembangunan
di Malaysia, namun pembangunan itu, menurutnya, dijalankan "tanpa roh."
"Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad.
"Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam"
"Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar)," katanya lagi.
Turut
hadir di sidang media tersebut ialah timbalan presiden PAS Mohamad
Sabu, timbalan mursyidul am Datuk Haron Din serta dua naib presiden
parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen
untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil
sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebelum pilihan raya umum 5 Mei. -Mkini
Bila dekat dengan orang agama, hati pun jadi lembut.