Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan
raya umum ke-13 sebagai respon kepada dakwaan nepotisme dalam PKR.
"Azizah
mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau
mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan
raya," katanya ketika temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang
semalam, seperti lapor Harakahdaily.
Jawapan Anwar itu
sekaligus menepis desas-desus bahawa isterinya turut dicalonkan dalam
pilihan raya umum kali ini. Wan Azizah dikatakan akan bertanding salah
satu DUN di Selangor.
Ura-ura itu disambut baik oleh Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang dilapor berkata Wan Azizah
layak menjadi MB Selangor selepas ini.
Bagaimanapun, ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding.
Anwar
pula dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan
jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak 1982.
Sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding. - Mkini
Mematikan tuduhan nepotisme dalam PKR.