Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, keputusan Datuk Seri
Anwar Ibrahim bertanding di Perak berpunca daripada rasa "tidak
selamat" Ketua Pembangkang itu di Parlimen Permatang Pauh.
"Dia
(Anwar) rasa tidak selamat di Permatang Pauh dan juga dia telah
meninggalkan rakyat yang telah menyokong selama dia terlibat di dalam
politik.
"Saya tak pernah terfikir untuk meninggalkan (Parlimen)
Pekan. Saya akan hidup dan mati di Pekan, secara politiknya," katanya
ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat
majlis pimpinan tertinggi Umno dan BN di PWTC hari ini.
Selain
itu, Najib berkata, masyarakat juga perlu sedar bahawa sekiranya Anwar
boleh meninggalkan Permatang Pauh, beliau juga mampu meninggalkan
sesiapa sahaja pada masa akan datang.
Katanya, adalah adalah penting dalam politik untuk mempunyai sokongan dan bukan hanya demi mementingkan kemenangan.
"Sebab itu, masyarakat perlu sedar sekiranya dia boleh meninggalkan
Permatang Pauh dia juga boleh meninggalkan mereka pada masa hadapan.
"Penting untuk mempunyai orang-orang yang bersama anda di dalam
politik. Ini adalah perkara utama dan bukan hanya mengenai kemenangan
semata-mata," katanya lagi. - Mkini
Anwar guna taknik menyerang (kuat), Najib guna bertahan (lemah). Itu sebab Najib layak lawannya takat mahasiswa.