Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat
yang didedahkan NGO Global Witness berhubung dakwaan urusniaga belakang
tabir melibatkan keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib
Mahmud.
Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustaffar Ali dalam satu SMS kepada Malaysiakini berkata suruhanjaya berkenaan akan bertindak ke atas bukti baru yang timbul itu.
"Siasatan
sedang dijalankan. Dengan bukti baru yang timbul, SPRM akan bertindak
sewajarnya," kata Mustaffar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari
ini.Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustaffar Ali dalam satu SMS kepada Malaysiakini berkata suruhanjaya berkenaan akan bertindak ke atas bukti baru yang timbul itu.
Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.
Global Witness juga mendedahkan dakwaan mengenai modus operandi kegiatan ahli keluarga dan rakan niaga Taib untuk mengelak daripada cukai dan syarat pegangan saham.
NGO yang menyiasat dan berkempen untuk menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar itu merakam video berkenaan secara rahsia.
Abdul Taib bagaimanapun menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka menjadi pengantaranya bagi kontrak pembalakan. - Mkini
Anda percaya SPRM akan menyiasat sehingga mereka yang bersalah dihukum? Tidak jika di bawah Umno-BN.