Saiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke
pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik
makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".
Beliau membuat kenyataan itu
dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon
maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu
selama ini satu konspirasi politik.
"Demi Allah, agama, bangsa
dna negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali
akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.
"Saya akan
terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan
saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga
akhir hayat," katanya.
Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi. - Mkini