KUALA LUMPUR, 23 Mac – PKR tetap dengan dakwaan mereka terhadap
penulis blog pro-Umno Papa Gomo, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
hari ini, sambil menambah parti tersebut akan mendedahkan lebih banyak
lagi bukti untuk mengesahkan identiti lelaki di belakang blog
kontroversi itu.
Rafizi tetap dengan pendirian lelaki yang beliau namakan semalam Wan
Muhammad Azri Wan Deris adalah Papa Gomo – bekas anggota polis pernah
didakwa kerana rasuah dan juga “pengundi hantu” dengan dua pendaftaran
dalam daftar pemilih.
Pemimpin PKR itu juga meremehkan penafian lelaki mendakwa dirinya Wan
Muhammad Azri yang memberitahu akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian
melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau bukanlah Papa Gomo
seperti didakwa, tetapi merupakan seorang eksekutif sebuah syarikat
media.
“Apa sahaja ianya, dia sedang panik,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider petang ini.
“Apa dia boleh lakukan sekarang ialah menafikan dirinya orang
tersebut, tetapi ini akan berlanjutan dan lebih banyak bukti akan
dikeluarkan untuk membuktikan sebaliknya,” tambah beliau.
Rafizi mengatakan PKR akan mengeluarkan lebih banyak bukti untuk
mengesahkan Wan Muhammad Azri adalah orang dibelakang blog kontroversi
www.papagomo.com, blog yang ditujukan untuk menghentam pakatan
pembangkang persekutuan itu. - TMI
Bukankah sekarang anda sepatutnya menyerang. Ini sudah terbalik. Bila nak keluar