SEREMBAN 31 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin
Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu
mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat
mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai
pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.
"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.
"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims
sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang
batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda
Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup
sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...
jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.
Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat
dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar
parti pembangkang. - UTUSAN ONLINE
Itu bukan hina nabi. Itu hina Umno (penyebar fitnah no1).