Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan menyertai PKR
selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk menjadi ahli di
sekretariat parti tersebut di Petaling Jaya hari ini.
Anak
lelakinya Saiful sebelum ini meraih populariti selepas mendakwa diliwat
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ketua pembangkang
dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada Januari tahun lalu.
Dalam
satu sidang media di ibu pejabat PKR selepas menyerahkan borang itu,
Azlan berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PKR dan kini akan
menyertai parti itu bawah pimpinan Anwar.
Azlan dalam
kenyataannya dua hari lalu mendakwa anaknya Saiful Bukhari dipergunakan
oleh "seseorang dalam pejabat perdana menteri" untuk memburuk-burukkan
Anwar. - Mkini
Saiful pula selepas ini perlu diselamatkan sebelum terlambat.