Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang
di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa
Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.
Persembahan
itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN
Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
hari ini.
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang
hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48
pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan
chingay.
Najib
turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,
pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri
pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.
Ramai di kalangan pengunjung
memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat
memakai warna merah seperti warna parti mereka.
Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.
Seorang
daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk
menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat. - Mkini