GEORGE TOWN: Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy
dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum
dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan
Nasional (BN) di sini.
Psr atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style
dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi
Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.
Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau
Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun
memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk
mengiringinya ke lokasi persembahan.
Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.
Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej
di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak
menyatakan lokasi yang akan ditujuinya. - Mstar