07 February 2013

IGP: Tiga yang ditahan akan didakwa esok

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata tiga individu yang ditahan kerana disyaki "menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan" akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ismail juga mengesahkan bahawa individu berkenaan – dua orang lelaki dan seorang wanita – ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas).
Ismail ketika ditanya enggan mendedahkan identiti individu yang ditahan tersebut namun dua daripadanya dipercayai sebagai bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat dan seorang lagi lelaki dalam operasi polis di bangunan kompleks mahkamah Jalan Duta hari ini.

Wanita berkenaan merupakan seorang individu berusia 40-an yang ditahan di Kuala Lumpur, kata Ismail lagi dalam satu sidang media petang ini.
Mereka bagaimanpun disiasat mengikut Kanun Keseksaan katanya lagi.
Peguam, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa penahanan Yazid dan Muhammad Hilmi Hasim dibuat mengikut Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) kerana disyaki "mempromosi kegiatan keganasan". - Malaysiakini

Najib hendak melawat Obama dalam masa terdekat inikah?