Gambar yang dirakamkan
melalui CCTV menunjukkan suspek (kanan) mengugut penjaga kaunter menggunakan baton renjatan elektrik di cawangan Al- Ikhsan di pekan Rawang, semalam. |
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Premis pengedar
barangan dan pakaian sukan milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.
(Al-Ikhsan) terus menjadi sasaran penjenayah apabila tiga premisnya di sekitar
Lembah Klang dirompak dalam tempoh tiga minggu sepanjang bulan ini.
Jika pada Julai lalu, dua rompakan berlaku
dalam tempoh seminggu di Al-Ikhsan cawangan Ampang dan Gombak, kali ini ia
melibatkan Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh, Wangsa Maju dan Rawang,
masing-masing dirompak pada 5, 16 dan 22 November lalu.
Ternyata kes tersebut membimbangkan pihak
pengurusan syarikat itu kerana ia menjadikan lapan buah cawangan Al-Ikhsan
telah dirompak dalam tempoh enam bulan tahun ini. - Utusan
Jenayah menjadi-jadi pada era pemerintahan UmnoBN.
Jenayah menjadi-jadi pada era pemerintahan UmnoBN.