![]() |
abu bekir |
Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.
"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.

Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.
Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.
Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.
Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis. - Malaysiakini
Bukalah mata dan hati wahai pengundi Sarawak.