|
REAKSI kecewa Norshahrul
Idlan selepas
rembatannya tersasar melepasi palang
gol lawan dalam saingan
Piala Suzuki AFF 2012
menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit
Jalil, malam tadi. Singapura menang 3-0. |
KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata?
Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya dalam perlawanan
pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong
semata-mata.
Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3
kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak
pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain
berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi
ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan
kira-kira 40,000 penonton.
Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh
dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi
dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca
kepada kemenangan Singapura.
Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran
berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar
Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada
lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.
Namun, masalah paling ketara buat skuad
bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan
mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.
Dua daripada tiga gol Singapura ternyata
merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang
lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau
Malaya.
Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi
Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya
daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che
Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba
berada di tahap yang meragukan.
Biarpun Malaysia memberikan harapan besar
seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan
berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat
memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.
Berpunca daripada hantaran silang Shahdan
dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara
Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia
yang ternganga luas.
Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak
buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang
kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan
kedua pada minit ke-37.
Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul
Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang
dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola
tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.
Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa
kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee
Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada
barisan tengah.
Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain
gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol
ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta
Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak
dianggap pemain terbaik pada perlawanan itu.
Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan
pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium
secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya
menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat."
bagi menamatkan malam penuh mengecewakan Harimau Malaya. - Utusan
KUALA
LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat
Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF
nampaknya hanya tinggal harapan kosong semata-mata.
Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37
sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun,
Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri
jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan
kira-kira 40,000 penonton.
Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam
perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan
kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca
kepada kemenangan Singapura.
Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat
jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup
pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada lawan
mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.
Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah
barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan
persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.
Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian
pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang lawan
terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau
Malaya.
Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja
'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan
Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang
sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan
tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.
Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu
menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan berbahaya
Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat
memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril
Ishak.
Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril
bijak mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli
Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang
ternganga luas.
Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang
bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril
sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada
minit ke-37.
Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke
belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar
atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan
menanduk kemas ke dalam pintu gol.
Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan
Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta
Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada
barisan tengah.
Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70
akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan
Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta Fadhli, lima
minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap
pemain terbaik pada perlawanan itu.
Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan
penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan
sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya menyorak dengan
memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan
malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121126/su_01/Langkah-sumbang#ixzz2DHaGnAWP
© Utusan Melayu (M) Bhd