Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia
tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu
bimbang dengan perkara tersebut.
"Lawatan muhibah tentera laut
dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia
sebagai tempat adu domba percaturan politik.
"Mereka tidak pernah
membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan
(NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak,"
katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily,
yang menggesa kerajaan BN tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan
politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara
ini.
Mahfuz merujuk kepada kehadiran kapal perang USS George
Washington yang singgah di Pelabuhan Klang pada hari Ahad dan
dilaporkan persinggahan sulung selama lima hari itu bertujuan antara
lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan
Malaysia.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga naib presiden
Umno berkata menjadi dasar pertahanan negara untuk menerima kunjungan
pegawai dan anggota tentera dari negara sahabat bagi mempertingkatkan
diplomasi ketenteraan.
"Ini bagi menjalin hubungan yang baik antara angkatan tentera serantau dan negara ini.
"Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) kerap mengadakan kunjungan muhibah ke negara
luar bagi menjalin hubungan dan memperolehi pendedahan dan pengalaman
baru. Kunjungan balas juga kerap diterima dari angkatan tentera negara
luar," katanya.
Pada masa yang sama, tegas beliau Malaysia bersikap tidak mahu negara asing campur tangan dalam hal ehwal pertahanan negara ini.
Menurutnya kapal tersebut berpangkalan di Darwin, Australia dan Malaysia merupakan laluan kapal itu.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan
5,000
anak kapal dan sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan
siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan
kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.
- Bernama
Cuba kapal perang kita singgah ke Amerika.Itu baru sahabat. Kalau dia sahaja singgah, itu nama tunduk dengan Amerika.