Katanya, perkara itu diketahuinya selepas dihubungi seorang nelayan Kampung Sungai Buntu, Pengerang yang melihat kejadian tersebut.
Tambahnya,
beliau turut melawat kawasan tersebut semalam dan turut menemui bangkai
anjing, selain bangkai ikan terdampar di pantai di sekitar perairan
kampung tersebut.Ong menyifatkan penemuan itu sebagai perkara "aneh" dan turut menimbulkan spekulasi bahawa anjing berkenaan mati selepas memakan bangkai ikan tersebut.
Katanya, penemuan ini lebih serius berbanding satu kejadian tumpahan minyak yang menyebabkan banyak ikan mati pada 2010. - Malaysiakini
