22 October 2012

PERKASA keluar arahan boikot Malaysiakini

mkini
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA melancarkan boikot bagi melarang setiap ahlinya daripada memberi sebarang kenyataan terhadap Malaysiakini.

Sumber dalaman NGO itu mengesahkan larangan itu, seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita sebelum ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Ya betul. Kalau PERKASA tak nafikan, maknanya betullah tu," kata sumber itu ringkas.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebagai melarang ahlinya memberi kenyataan terhadap Malaysiakini dan mengaitkannya dengan pembiayaan jutawan George Soros.

Berucap di Persidangan Khas Tahunan PERKASA Selangor di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ibrahim juga mengaitkan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan perkara sama.

"Haram bagi ahli PERKASA bagi kenyataan kepada Malaysiakini. Kita cakap lain dia tulis lain.

"Kita boikot sampai PRU13," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tidak pasti bila larangan itu akan berkuat kuasa. Sehingga semalam, pertubuhan itu masih menghantar kenyataan medianya kepada Malaysiakini.

Kenyataan terbaru oleh Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris itu antaranya mengkritik Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung penolakan hudud yang didakwa menghina umat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran pada 27 September lalu menyifatkan serangan terhadap portal berita ini sebagai cerita lama yang diungkit kembali.

Malaysiakini sebelas tahun lalu telah pun menerbitkan jawapan untuk mematahkan serangan itu. Malaysiakini

Timbul selepas orang dia kata undi MCA haram.