21 October 2012

Anggota Perkasa akan sokong calon BN pada PRU13

brahim
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihandalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.

"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. - Bernama

Terang-terang pemimpin MCA hina Islam. MCA yakin PAS akan laksana hukum Islam walaupun dengan gabungan DAP.