08 October 2012

Ditembak ketika samun kali kedua

SEPANG 7 Okt. - Tindakan empat penyamun bersenjatakan parang untuk menyamun kali kedua di Pekan Sungai Pelek di sini hari ini menerima padah apabila seorang daripada mereka cedera ditembak polis.

Keempat-empat suspek berkenaan yang menaiki dua buah motosikal mulanya menyamun seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di pekan tersebut pada pukul 1.13 petang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota cuba menjejaki empat suspek itu.

"Kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian, pihak polis melihat keempat-empat mereka cuba menyamun seorang lelaki di tepi jalan raya. - Utusan

Mengharumkan polis Malaysia.