08 October 2012

2 kereta sport dipandu laju rempuh pokok, 4 maut

KUANTAN 7 Okt. - Empat maut selepas dua kereta sport iaitu Nissan GTR dan Nissan Skyline dinaiki mereka yang disyaki dipandu laju terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Haji Ahmad dekat sini menghala arah Semambu awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpang hadapan kereta itu, Bao Shanshan, 26, seorang wanita warga China.
Dua lagi penumpang wanita kereta itu, Wei Li Dong, 27, yang juga merupakan warga China dan Chang Hong Nei, 36, rakyat tempatan cedera parah.

Selain itu, turut maut, pemandu kereta Nissan Skyline, Go Haw Wei, 20, dan penumpang hadapan kereta tersebut, Koay Khor Liang, 21. - Utusan