14 September 2012

Susulan duta AS maut, Libya tahan seorang

Protes
TRIPOLI - Sementara protes ke atas Amerika Syarikat (AS) berterusan ekoran penerbitan satu filem yang didakwa anti-Islam di negara-negara Islam dan Arab, Perdana Menteri Libya berkata, sekurang-kurangnya seorang telah ditangkap bagi membantu siasatan insiden kematian duta negara itu dan tiga yang lain.

Sehingga empat individu lain dalam buruan.

"(Perkara) ini tidak boleh diterima oleh rakyat Libya; ini tidak boleh diterima oleh nilai kami," kata Perdana Menteri Mustafa Abushagur kepada CNN.

"Kami memandang sangat, sangat serius," kata beliau semalam.

Dalam insiden serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi Selasa lalu, Dutanya Christopher Stevens terbunuh.

"Sekurang-kurangnya seorang ditangkap dan tiga atau empat yang lain diburu," kata beliau sambil berkata, mereka adalah rakyat Libya. - SH