PADANG SERAI 13 Sept. - Seorang khatib jemputan di sini didakwa bukan
sahaja menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politik malah turut
menyatakan 'Nabi Muhammad SAW menyebut Anwar Ibrahim akan memerintah
Malaysia'.
Dalam khutbah yang dibaca di sebuah masjid minggu lalu itu, khatib
tersebut mendakwa Nabi Muhammad menyatakan demikian dalam satu mimpi
yang dialami oleh mursyidul dan ulama Ikhwanul Muslimin dari Mesir
baru-baru ini.
Bimbang kejadian itu berulang, satu laporan polis telah dibuat oleh
beberapa kariah Masjid Jamek An-Najjah di Balai Polis Padang Serai di
sini hari ini.
Jurucakap kariah terbabit, Mohd. Taridi Darus, 52, berkata, laporan
itu dibuat bagi meminta polis menyiasat selain pada masa sama turut
menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengambil
tindakan sewajarnya terhadap khatib berusia 29 tahun tersebut. - Utusan
* Awak pun politikkan masjid.