hasan ali |
Laporan Utusan itu memetik kenyataan itu sebagai: "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi."
Pandangan Anwar itu, kata Hasan, "memperkecilkan tindakan yang telah dan sedang diambil" oleh umat Islam dan tidak sepatutnya dikeluarkan "dari mulut seorang pemimpin Islam".
"Kenyataan yang sedemikian terlalu berat bagi saya dan anggota JATI untuk menerimanya.
"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka," katanya.
Laporan Utusan itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa Anwar mengulas "reaksi ganas" dalam bantahan orang Islam ke atas video yang menghina Islam itu.
Kenyataan Anwar dalam The Scotsman itu juga sebaliknya menyebut: "masalah dengan jiwa orang Islam... orang mudah marah dan emosi"
Seterusnya, Anwar dalam laporan The Scotsman itu juga mengulas mengenai kemarahan kelas pemerintah Malaysia ke atas filem berkenaan.
"Hipokrasi oleh orang-orang ini (yang) bercakap mengenai mempertahankan Islam sedangkan mereka terang-terangan korup dan tidak adil...," katanya. - Malaysiakini
Teringat lawak filem P.Ramlee, "Apa yang kau merepek ni Syaitan"