Belanjawan Rakyat |
Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.
"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.
Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.
"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.
Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.
Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini. - Mkini