07 September 2012

Bonus: Tunggu Bajet 2013, kata KSN

Kerajaan UmnoBN hanya mampu beri bonus
setengah bulan gaji sahaja. Kerajaan Pakatan Rakyat
diharap memberi minimum sebulan gaji nanti.
PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual  dibentangkan 28 September nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari  pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini hari ini.

Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Ali berkata, ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya. - Bernama