Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah
Alam hari ini kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National
Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
Beliau pagi ini ditangkap polis atas alasan sama.
"Saya
kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan
akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.
"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.
Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Mkini
* Umno parti RASUAH, LUCAH, FITNAH dan PARAH...