PUTRAJAYA, Ogos 5 — Turut
bersama seluruh rakyat Malaysia berkongsi debaran menyaksikan pemburuan
pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik oleh pemain badminton
nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei malam ini ialah Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Mungkin nasib tidak menyebelahi kita, namun apapun kita ucap syabas
dan tahniah kepada Chong Wei, yang saya kira telah bermain
bermati-matian, bersungguh-sungguh, kita dapat saksikan beliau bertarung
bagi mencapai cita-cita untuk mendapatkan pingat emas pertama,” katanya
semasa mengulas kekalahan Chong Wei di tangan pemain China, Lin Dan.
Muhyiddin berkata beliau melihat Lin Dan mempunyai ‘sedikit kelebihan’ dalam permainannya manakala Chong Wei juga nampak sudah bersedia, menjadikan persaingan dua jaguh dunia itu begitu sengit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus menyaksikan perlawanan secara langsung dari London itu di skrin besar yang dipasang di restoran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dari Rumah Nur Hikmah dan Badan Amal Nur Zaharah anjuran syarikat Eden Inc Bhd.
Muhyiddin turut menyifatkan pemain negara itu sebagai hero atas kejayaannya meraih pingat perak di Sukan Olimpik.
“Kita percaya kejayaan ini juga dapat menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk terus berusaha, moga-moga satu hari nanti, kita dapat pingat emas yang pertama,” katanya.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Rumah Nur Hikmah dan Badan Amal Nur Zaharah. — Bernama
* Rakyat perlu beri peluang Pakatan Rakyat perintah dan memajukan sukan negara.