Beliau berkata demikian selepas sekali lagi gagal di tangan Lin Dan, musuh tradisinya, yang memperoleh emas pada 2008 di Beijing.
Chong Wei kemungkinan ada sebab beliau berbuat demikian. Satu negara meletakkan harapan pada beliau untuk membawa emas tunggal ke tanah air.
Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi mikro blog twitternya kira-kira jam 9.55 malam tadi (waktu Malaysia), Chong Wei pilihan pertama Sukan Olimpik 2012, menghantar mesej susulan 15 minit kemudian dengan antara lain berkata:
Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab Chong Wei, yang turut menitiskan air mata selepas perlawanan, tidak wajar meminta maaf.
Chong Wei tiada sebab untuk meminta maaf, kata sebahagian besar pengikutnya.
Sebahagian mereka menegaskan, beliau telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan oleh itu, wajar dianggap sebagai 'pemain memperoleh emas.'
Seorang pengikut Chong Wei bernama Lim Yee Wai berkata, "anda sentiasa menjadi hero saya, anda telah menyatukan sebuah negara, tidak kira kaum, agama, warna atau gender. Setiap orang di belakang anda."
Seorang lagi peminatnya, Lina Shabbir berkata, "@limbo88 @Lee_C_Wei Wai Lim, saya bersetuju dengan anda, 100 peratus! Setiap orang di belakang anda, Chong Wei, anda emas yang berharga bagi Malaysia. Tahniah, permainan yang baik!"
Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza juga melahirkan reaksi beliau.
Katanya, "terharu dan bangga dengan semangat Datuk! Datuk kebanggaan Kami Rakyat Malayaisa."
Peminat bernama Yann Herng menasihatkan Chong Wei tidak wajar memohon maaf.
"Datuk hentikan itu!!!!!! Henti daripada memohon maaf!!! Anda sudah pun menjadi sebutir emas dalam hati 28 juta orang (rakyat Malaysia)," katanya.
Afnan Syuwari pula berkata, "tidak kira apa, anda hero saya dan kami sangat bangga dengan anda."
Seorang lagi peminat bernama Nadzmi Amir Mohd Asri pula berkata, "walaupun tewas, Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang menakjubkan dalam pertemuan final." - SH
* Mungkin lain kali, jangan tawarkan ganjaran yang amat besar. Biar pemain fokus bersandarkan semangat kenegaraan yang tinggi. Rakyat pula seluruhnya berdoa tanpa dengki dihati. Apapun tahniah diucapkan buat pemegang pingat perak ini.

