20 August 2012

Pengarah Hollywood Scott ditemui mati, terjun jambatan

Pengarah filem Hollywood, Tony Scott

LOS ANGELES –  Pengarah filem Hollywood, Tony Scott, yang popular kerana filem Top Gun lakonan Tom Cruise, ditemui mati, dipercayai terjun dari sebuah jambatan di sini, semalam.

Pejabat Koroner Los Angeles berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu sebagai tindakan membunuh diri.

Abang kepada pengarah filem Alien, Ridley, ini terkenal kerana mengarahkan filem-filem aksi pada 1980-an.
Antara filem popular beliau ialah The Hunger (1983), Top Gun (1986), Days of Thunder (1990), Bevery Hills Cop II (1987), True Romance (1993) dan Enemy of the State (1998).
Di akhir hidupnya, Scott dikatakan sedang bekerjasama dengan Cruise untuk menghasilkan filem susulan kepada Top Gun.

Dia pernah berkahwin tiga kali dan mempunyai dua anak bersama isteri ketiga, Donna Wilson.
Menurut pihak penyiasat, Scott ditemui mati selepas jatuh dari Jambatan Vincent Thomas, berhampiran San Pedro dan Terminal Island di sini.

Lt Joe Bale dari pejabat penyiasat berkata, pengarah itu dilihat meletakkan kenderaannya dan terjun jam 12.30 tengah hari semalam.
Mayat beliau ditemui di pengkalan kurang tiga jam selepas kejadian.
“Kita cari sabarang fakta dan bukti. Kita tidak ada sebab untuk mengatakan suspek tidak mebunuh diri,” kata Bale kepada BBC.

Menerusi Twitter, Pengarah Ron Howard berkata, “tiada lagi filem Tony Scott. Hari malang.”
Duncans Jones, Pengarah filem Source Code and Moon berkata, “hanya dengar berita Tony Scott.”
“Menakutkan... Tony sangat baik dan mengambil saya dan memberi sokongan kepada saya untuk membuat filem,” katanya.

Scott, yang dilahirkan di Northumberland, terkenal untuk filem ‘blockbusters’ pantas, dan mengukir gaya tersendiri dalam filem-filem beliau yang menggunakan penyuntingan cepat dan kesan digital.
Beliau mengukir nama dengan mengetengahkan pelakon Denzel Washington termasuk Man in Fire dan yang terkini Unstoppable. - SH