KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam pelesit rempit bukan sahaja kempunan
untuk menikmati hasil samun, malah salah seorang mereka cedera selepas
terkena tembakan yang dilepaskan polis dalam kejadian di Jalan Langkawi,
Setapak di sini semalam.
Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku apabila kesemua suspek yang menaiki
beberapa buah motosikal tersebut cuba menyamun seorang ahli perniagaan
yang baru pulang ke rumah selepas makan tengah malam bersama
rakan-rakannya.
Difahamkan, suspek disyaki pelesit rempit selepas polis mengesyaki
kumpulan itu merupakan golongan yang sama pernah terlibat dalam beberapa
kejadian samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an
tersebut cedera dibelasah pelesit rempit yang bersenjatakan besi dan
parang.
“Suspek kemudian bertindak ganas apabila memecahkan cermin kereta Proton Perdana yang dipandu mangsa sebelum membelasahnya.
“Beberapa anggota polis yang sedang meronda telah terserempak dengan
kejadian itu sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara tetapi tidak
diendahkan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo
* Istilah 'pelesit rempit' macam kurang sedap. Apa kata 'syaitan rempit'...
