Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun
berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).
Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).
Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rafizi
pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan
tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan
pengerusinya Mohd Salleh Ismail. - Mkini
* Najib, Rafizi dedah penyelewengan...