Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun
ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan
mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat
isu pendatang haram negeri itu.
Beliau juga menolak anggapan
bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah,
antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
"Setakat
ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang,
kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini,"
katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil
langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.
RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.
Najib
berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran
pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu
ini. - mkini