Sehari selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah
atas tuduhan mendedahkan akaun kewangan National Feedlot Corporation
(NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Salleh Ismail, lamanweb rasmi NFC
digodam.
Kandungan laman web dirosakkan dan digantikan dengan mesej anti-Umno yang menyokong Rafizi.
Mesej lain menuntut NFC kembalikan kepada rakyat pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan.
Terdapat
juga imej-imej yang berkaitan dengan pergerakan Asalkan Bukan Umno
(ABU) dan kartun yang mempersendakan NFC, Umno dan BN. - Mkini