MOSCOW 4 Ogos - Tiga buah kapal perang amfibia Rusia yang membawa
beratus-ratus tentera dilapor akan berlabuh di pelabuhan Syria dalam
tempoh beberapa hari lagi.
Agensi berita Rusia ITAR-TASS semalam melaporkan, kesemua kapal
perang itu kini sedang menjalani latihan di Laut Mediterranean dan akan
berlabuh di Tartus untuk mendapatkan bekalan makanan dan air.
Rusia bagaimanapun menafikan laporan yang mengatakan kapal perangnya
digunakan untuk menghantar senjata kepada tentera kerajaan Presiden
Bashar al-Assad. - AFP
