ADUN DAP M Manoharan hari ini memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei
atas tulisannya semalam berhubung pencapaian pemain badminton negara
itu di temasya Olimpik 2012 yang menerima cemuhan ramai.
Dalam tulisannya di Twitter hari ini, Manoharan memohon maaf kepada Lee dan keluarga atas tulisan yang dikesalinya itu.
"Saya amat mengesali komen yang saya buat dan memohon maaf setulusnya kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarga.
"Saya dengan ikhlas berharap permohonan maaf ini akan diterima," katanya.
Ianya
bermula sejurus selepas lawan Lee, Lin Dan dari China kelmarin berjaya
merangkul pingat emas dalam perlawanan akhir badminton perseorangan
lelaki.
Sejurus keputusan itu, Manoharan menulis dalam Twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."
Manoharan
antara lainnya dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa lawan
Lee itu "begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang
lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo."
Tulisannya
menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman micro-blogging
tersebut yang antara lainnya menjawab: "Ya, ya, orang Cina tinggal dalam
hutan."
Malah, rakan-rakannya Manoharan dari Pakatan Rakyat -
ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik
Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya. - Mkini
* Maafkan lah dia lagi pun mungkin kemarahan itu datang kerana setiap acara besar pemain Malaysia akan memberi kekalahan...
