Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu itu.
Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh
permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan
pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan
Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
- Bernama
