SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, orang
muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada
1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.
Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.
Malah katanya, detik bersejarah Arab Spring menunjukkan orang muda ada
kuasa besar sehingga menjadi pencetus yang mampu menjatuhkan kerajaan
kerana mereka memilih perubahan.
Beliau berkata demikian pada Debat Sinar Harian bertajuk "PRU13: Orang
Muda Pilih Siapa?" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan
Media Karangkraf di sini, sebentar tadi. -SH
